Terengganu sememangnya kaya dengan kepelbagaian produk pelancongan berteraskan kekayaan alam semula jadi termasuk tasik, pulau serta gunung.<br /><br />Namun tidak mustahil keindahan itu akan pudar sehingga menjejaskan kedatangan pelancong sekiranya tidak dijaga dan diselenggara dengan berterusan terutamanya infrastruktur dan fasiliti dilokasi tumpuan ramai itu.
